fbpx

 ‘T-rex’ sudah jinak, jadi pengayuh beca 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ‘T-Rex’ mengayuh beca di jalan raya di Semarang. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Semarang, wilayah Jawa Tengah memaparkan sebuah beca elektronik yang dikayuh oleh patung dinosaur, lapor portal berita iNews.id semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fourwajikk, seorang lelaki dilihat mengemudikan beca itu tanpa perlu dikayuh sambil memainkan lagu yang rancak. 

Lebih menarik apabila transformasi pengangkutan itu membuatkan ia kelihatan dikayuh oleh ‘binatang’ itu. 

“Semasa kecil hanya mampu menonton filem T-Rex di televisyen, sekarang saya dah tengok depan mata. Zaman sekarang T-Rex sudah jinak,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 896,700 tontonan bersama 36,500 tanda suka. 

“Hilang harga diri T-Rex,” kata seorang netizen. 

“Sekarang kuda santai di rumah,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI