fbpx

Anjing ‘menyamar’ panda di zoo China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anjing yang dicat menjadi panda di sebuah zoo China.

PETALING JAYA – Sebuah zoo di Shanwei, China ‘kantoi’ menggunakan anjing untuk menyamar sebagai panda.

Menerusi hantaran di aplikasi X oleh Collin Rugg, pihak zoo tersebut mengakui kebenaran selepas salah seekor ‘panda’ mereka mula tercungap-cungap dan menyalak seperti anjing.

“Shanwei Zoo mengakui mereka mewarnakan anjing putih dan hitam untuk menjadikan mereka kelihatan seperti panda,” ujarnya.

Pada mulanya, zoo terbabit membuat cubaan untuk menyakinkan orang ramai bahawa panda tersebut adalah baka ‘unik’ yang dipanggil ‘panda dogs’.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila orang ramai mula menyedari ‘panda’ itu adalah seekor anjing baka ‘Chow chows’ yang dicelup dengan cat putih dan hitam.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan cubaan zoo tersebut.

“Why? Are they running low on Pandas? (Kenapa? Mereka kekurangan panda ke?),” komen Juanita Broaddrick.

“This cannot be real. (Ini tak mungkin benar.),” ujar Chuck Callesto. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI