fbpx

Bawa mercun seludup RM42,000, cuba langgar polis pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA mercun yang dirampas di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki bertindak ala samseng apabila cuba melanggar sekumpulan pihak berkuasa yang terlibat dalam serbuan di Taman Sri Saujana, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, usaha pemuda berusia 24 tahun meloloskan diri dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi ASX tidak berhasil setelah berjaya diberkas pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pasukan serbuan membuat pemeriksaan dan mendapati sejumlah mercun disembunyikan di dalam SUV tersebut.

“Semasa serbuan ini dijalankan, suspek cuba melanggar anggota polis, namun suspek berjaya ditahan. Nilai rampasan dianggarkan RM42,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI