fbpx

Lapan PATI melepak di Hentian Bas MBKT kena berkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang diperiksa anggota penguat kuasa JIM di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Lapan warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas pihak imigresen menerusi Ops Sapu dan Ops Kutip di sekitar bandar raya ini semalam.

Timbalan Pengarah JIM (Kawalan) Terengganu, Mat Amin Hassan berkata, kesemua PATI itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah sewaktu diperiksa pihak berkuasa.

“Mereka terdiri daripada tujuh warga Myanmar dan seorang lelaki Pakistan berusia 16 sehingga 42 tahun.

“Operasi selama sembilan jam itu memfokuskan tapak pembinaan dan premis perniagaan di sekitar bandar raya ini yang disyaki menggaji PATI,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mat Amin berkata, seramai 47 warga asing diperiksa dalam operasi tersebut yang dilaksanakan hasil maklumat awam berhubung kebanjiran warga asing di Kuala Terengganu khususnya Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

“Kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an turut ditahan kerana disyaki melindungi dan menggaji PATI,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI