fbpx

Laluan susur 32 meter elak kereta tenggelam di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fauzi (dua dari kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian susur alternatif tersebut di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Laluan alternatif sepanjang 32 meter dari Taman Sri Lembayung ke Plaza Tol Taman Sri Muda di sini akan menjadi ‘penyelamat’ bagi mengelakkan kenderaan ditenggelami banjir.

Ini seterusnya dapat mengurangkan kerugian di kalangan penduduk setempat di lokaliti tersebut seperti banjir besar yang melanda pada tahun 2021.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, pembinaan jalan susur tersebut yang bermula 17 Oktober tahun lalu dan siap pada 20 Februari lalu menelan kos RM75,000.

Katanya, kunci pagar laluan tersebut akan dibuka apabila siren kecemasan melibatkan banjir dibunyikan seterusnya memudahkan pergerakan kira-kira 1,400 penduduk sekitar.

Kuncinya pula akan dipegang Unit Pantas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ,Projek Lintasan Kota Holding Sdn. Bhd. (Prolintas), Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam dan Balai Polis Sri Muda Seksyen 25.

“MBSA prihatin dengan nasib penduduk di sini yang kerugian besar apabila dianggarkan 1,000 kenderaan rosak akibat bah tiga tahun lalu.

“Kesemua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan kerja-kerja mengalih kenderaan dan menyelamatkan mangsa bencana dilakukan dengan cepat dengan adanya akses laluan susur itu,” katanya selepas menyempurnakan penyampaian kunci laluan itu, hari ini.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir pada musim tengkujuh, beliau menjelaskan, sistem saliran di seluruh bandar raya ini terus disenggara agar tidak tersumbat dengan sampah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI