fbpx

PBAPP tambah pelaburan RM1.115 bilion mampan bekalan air bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika berucap sempena perasmian Pakej 12A di LRA Sungai Dua, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

SEBERANG PERAI – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menambah pelaburan berjumlah RM1.115 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi memastikan kemampanan bekalan air bersih terus disalurkan kepada penduduk.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PBAPP juga dalam perancangan untuk menyelesaikan enam lagi projek Pelan Kontigensi Air 2030 (WCP 2030) yang berbaki secara berperingkat dalam tempoh sama bagi menangani lonjakan sepuluh peratus penggunaan air di negeri ini.

“Antara langkah yang diambil adalah memasang saluran paip sepanjang 13 kilometer (km) dengan diameter 1.8 meter (m) dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Butterworth di Seberang Perai.

“Selain itu, kita turut akan membina loji rawatan air baharu dengan kapasiti 114 juta liter sehari (JLH) untuk memanfaatkan sebahagian daripada simpanan air mentah di Empangan Mengkuang yang diperbesarkan di Seberang Perai Tengah (SPT) setiap hari,” katanya pemberita sempena Pembukaan Rasmi Pakej 12A di LRA Sungai Dua, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir K. Pathmanathan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi PBAPP berkata, sebanyak enam projek bekalan air utama telah disiapkan sejak tahun 2018.

“Antaranya Fasa 1 dan Fasa 2A Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) untuk meningkatkan kapasiti simpanan maksimum empangan terbesar di negeri ini kepada 86.4 bilion liter.

“Selain itu, Projek Saluran Paip Dasar Laut Berkembar Pulau Pinang yang ketiga telah siap untuk meningkatkan jumlah pengepaman air terawat ke negeri ini sebanyak maksimum 315 JLH.

“Ia termasuk Pakej 12A LRA Sungai Dua yang dirasmikan hari ini yang dapat meningkatkan kapasiti rawatan air sebanyak 114 JLH ekoran permintaan bekalan air yang semakin meningkat.

“Direkodkan, penggunaan air adalah 887 JLH pada separuh pertama tahun 2024 berbanding 843 JLH pada tahun 2019,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI