fbpx

Rhabdomyolysis boleh rosakkan buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Dr. Say Shazril di TikToknya

PETALING JAYA – “Ukur baju di badan sendiri ketika bersenam”, demikian pesan pempengaruh media sosial yang juga doktor perubatan, Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say Shazril.

Menerusi perkongsiannya di TikTok @say_shazril0, dia mengulas mengenai rhabdomyolysis yang dialami oleh seorang pempengaruh kecantikan Sofea Shra selepas mengikuti aktiviti ‘spin class’ baru-baru ini.

“Rhabdomyolysis adalah satu keadaan otot kita koyak atau rosak atau pecah dengan teruk dan keadaan ini melepaskan sejenis protein bernama myoglobin dalam aliran darah yang sangat toksik kepada buah pinggang.

“Ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang jika tidak mendapatkan trawatan.

“Rhabdomyolysis agak jarang ditemui dan selalunya ia berlalu disebabkan senaman intensif seperti ‘spin class’, senaman berintensiti tinggi, maraton, duathlon, triathlon, ultramaraton dan seangkatan dengannya,” katanya.

Jelas Dr. Say Shazril, simptom rhabdomyolysis boleh bermula 24 hingga 72 jam dengan kemunculan ciri-ciri khasnya.

“Antara ciri-ciri itu adalah kesakitan otot, kelemahan otot dan air kencing berwarna gelap.

“Sekiranya keadaan ini berlaku kepada anda atau kenalan, segera ke hospital kerana badan memerlukan banyak cecair untuk membuang toksin daripada badan,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI