fbpx

Lelaki ceroboh sarang beruang demi ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menghampiri seekor beruang sebelum beredar. - Instagram

BELGRADE – Seorang pesohor media sosial di Serbia mengundang kecaman orang ramai selepas berkongsi klip video memaparkan dirinya berhadapan dengan seekor beruang liar demi kandungan di laman sosial, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Stefan Jankovich memuat naik rakaman itu di laman Instagram @stedan_jankovich Ahad lalu. Klip videonya tular dan menjadi topik perbincangan hangat netizen. 

Menerusi rakaman itu, Jankovich dilihat memasuki dan duduk di dalam sebuah gua yang menjadi sarang beruang sambil menunggu ketibaan binatang buas itu. 

Ketika beruang itu ‘pulang’ dan menghampirinya, dia kelihatan gugup dan ketakutan.

Bagaimanapun, Jankovich sempat merakamkan beruang itu secara dekat sebelum beredar. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 74.4 juta tontonan bersama 4.4 juta tanda suka. 

“Tahniah kerana berjaya keluar dengan selamat,” sindir seorang netizen. 

“Ia (beruang) hanya mahukan rumahnya,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN