fbpx

Kerajaan negeri tidak lepas tangan masalah KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain KDA FC bekerja keras untuk mengharungi aksi Liga Super bertemu Sri Pahang malam ini. - Foto ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri bersikap lepas tangan dan tidak mengambil tahu isu melanda Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menurut Muhammad Radhi, dakwaan sedemikian langsung tidak tepat kerana kerajaan negeri telah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada pasukan berkenaan.

Muhammad Radhi berkata, kejayaan KDA FC mendapatkan lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super musim ini juga sebenarnya merupakan hasil sumbangan kerajaan negeri menerusi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Saya fikir Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pun sudah jelaskan banyak kali bahawa kerajaan negeri sudah tidak terlibat secara langsung sebab KDA FC serta pasukan-pasukan lain di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) merupakan entiti dengan kelab sendiri.

“Namun, saya nafikanlah kalau ada dakwaan mengatakan KFA atau kerajaan negeri tak bantu langsung. Dalam masa sama, kita pun tak boleh lah bantu sepenuhnya sebab gaji pemain datang daripada kelab, maka pemilik kelab yang perlu menguruskan hal itu.

“Tetapi kita pun tidak mahu menyalahkan pemilik pasukan, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar kerana kami tahu yang beliau bekerja keras dengan memberikan komitmen sangat tinggi. Cuma masalahnya kini, kita tiada tajaan tetap dari tahun lepas lagi dan itu yang membawa kepada masalah kewangan ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI