fbpx

Pintas Utama teruskan penajaan beg kasut, uncang jemaah haji TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na'im Mokhtar (dua, kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir. Marhalim  Mohamed pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1445H/2024M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Pintas Utama komited meneruskan inisiatif menaja beg kasut (drawstring bag) dan beg uncang kepada kira-kira 30,000 jemaah haji Malaysia yang berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang musim Haji 1445H/2024.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata, tajaan set beg kasut dan uncang itu adalah menerusi Program Sahabat Korporat yang dikelola oleh pihak TH setiap tahun bagi kegunaan para jemaah di tanah suci.

“Agihan set beg dan uncang bagi sesi 1445H/2024 itu dijalankan secara berperingkat semasa anjuran Kursus Perdana Haji mengikut kuota jemaah yang disediakan di seluruh negara.

“Usaha dan komitmen yang ditunjukkan Pintas Utama ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada TH,”katanya pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH di Menara TH, Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Pintas Utama berkata, Program Sahabat Korporat adalah satu tanggungjawab sosial Korporat yang dilaksanakan oleh TH setiap tahun.

Ia disertai syarikat-syarikat korporat untuk membantu memudahkan sekali gus meraikan bakal jemaah dalam membuat persediaan kelengkapan barangan keperluan ketika menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI