fbpx

Liga Super: Sri Pahang hilang khidmat Stefeno Brundo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brundo menjadi salah seorang watak penting skuad Tok Gajah pada musim ini.

KUANTAN – Khidmat penyerang Sri Pahang, Stefeno Brundo mungkin tidak dapat digunakan ketika bertemu Kedah Darul Aman FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.

Pemain kelahiran Argentina itu mengalami kecederaan semasa Sri Pahang menang bergaya menewaskan PDRM FC 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh baru baru ini.

Dalam perlawanan itu, Stefedo berjaya menjaringkan dua gol tetapi terpaksa dikeluarkan di separuh masa ke dua kerana mengalami kecederaan yang agak seruis dan mungkin memerlukan masa panjang untuk sembuh.

Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad tidak menolak kemungkinan Brundo mungkin hanya memanaskan bangku simpanan semasa bertemu anak buah Nafuzi Zain nanti.

“Saya agak bimbang dengan kecederaan kaki kanan Stefeno Brundo kerana dia adalah pemain penting di bahagian serangan,” kata Fandi.

Mengulas lanjut, Fandi mahu anak-anak buahnya meneruskan momentum kemenangan meskipun beraksi di gelanggang keramat lawan.

“Sudah pasti kita akan berusaha mencari lagi kemenangan kerana pasukan begitu bekerja keras pada sesi latihan ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI