fbpx

Pasukan khas ditubuh kesan banduan larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kalai Kumar.

PETALING JAYA – Jabatan Penjara menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan lelaki yang melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Penjara berkata, banduan reman tersebut melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital berkenaan pada pukul 3.30 petang.

“Sehingga kini, usaha pencarian sedang dipergiat dan diluaskan ke kawasan lain. Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, jabatan ini tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu mencurigakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Penjara Sungai Buloh di talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh dilaporkan telah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek yang juga penama Kalai Kumar Anandan, 27, didapati tiada di katilnya dan disyaki telah melarikan diri dari hospital.

Suspek mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kesalahan jenayah (empat) dan narkotik (empat). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI