fbpx

126 pemain golf amatur sertai MAJIIC sempena MAHA 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arthur Joseph Kurup (tengah) bergambar bersama peserta MAJIIC 2024 di MAEPS, Serdang, Selangor hari ini. Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan pasukan pencarian -Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SERDANG – Seramai 126 pemain golf amatur berusia antara lapan hingga 21 tahun dari 16 buah negara menyertai kejohanan Kejohanan MAHA Junior International Invitational Championship (MAJIIC) yang diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Kejohanan yang berlangsung di Amverton Cove Golf and Island Resort selama empat hari dari 16 hingga 19 September 2024 disertai peserta dari Jepun, Thailand, Indonesia, Jerman, Iran, India, China, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Seramai 61 pemain telah memenangi hadiah pingat dan wang tunai bagi lima kategori mengikut pecahan umur dan jantina dengan pemain dari Filipina mengungguli kategori Juara Individu Lelaki, manakala Juara Individu Perempuan dimenangi pemain dari India.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penganjuran kejohanan itu juga adalah salah platform untuk membina rangkaian dan peluang pendedahan penjenamaan MAHA di peringkat antarabangsa.

“MAHA 2024 telah memperkenalkan kejohanan golf antarabangsa iaitu MAJIIC 2024. Saya sangat gembira melihat kejayaan besar MAJIIC 2024 dan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang,” katanya pada Perasmian Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah MAJIIC 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini malam ini.

Terdahulu, beliau berkata, MAHA telah menjadi pameran pertanian utama Asia Tenggara yang meraikan warisan pertanian Malaysia merangkumi inovasi dan daya tahan dalam pertanian, menggalakkan amalan mampan dan merapatkan jurang bandar dengan luar bandar.

Kata beliau, MAHA edisi 2024 menekankan elemen memartabatkan pameran itu ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan pelbagai negara, pelbagai tarikan dan program baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI