fbpx

Pewartaan empat perundangan Kesuma, tambah baik kebebasan berkesatuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) ketika hadir menyaksikan Perjanjian Kolektif antara SCBa dan SBEU di Sarawak hari ini.

PUTRAJAYA- Pewartaan empat perundangan dibawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bagi menambah baik kebebasan berkesatuan di kalangan para pekerja disambut baik oleh pemain industri.

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak, Zaidi Nasar berkata, susulan itu, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee di atas keputusan itu.

“MTUC Sarawak percaya bahawa pewartaan tersebut dapat mengangkat undang-undang buruh negara kepada satu standard yang selari dengan piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Selain itu, MTUC Sarawak juga menghargai sikap dedikasi dan komited Steven yang turun padang menyaksikan Perjanjian Kolektif kali ke 17 antara Sarawak Commercial Banking Associaiton (SCBA) dan Sarawak Banking Employee Union (SBEU),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, MTUC Sarawak juga percaya proses akhir meminda Sarawak Labour Ordinance (SLO) yang telah tertangguh selama hampir 20 tahun akan berjaya dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

“Iltizam serta kesepaduan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak merupakan kunci utama kepada kejayaan pembentangan Rang Undang-Undang baharu ini di Parlimen kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI