fbpx

Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-81

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-81 hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-81 yang merupakan platform untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri merundingi dasar berkaitan pentadbiran tanah.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, ia menjadi antara pemangkin kepada konsep Kerajaan Madani yang mengupas keperluan rakyat dari aspek pertumbuhan ekonomi serta tatakelola yang berkesan.

Ujarnya, di dalam mesyuarat tersebut, beliau meminta persefahaman dan pemuafakatan Kerajaan Negeri untuk mengimbangi antara keutamaan negeri dengan dasar di peringkat Persekutuan.

Menurut beliau, antaranya, keterlibatan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan kawasan berhutan sebagai langkah adaptasi dan mitigasi bagi mengimbangi kesan perubahan iklim serta pemuliharaan biodiversiti.

“Saya juga menggesa Kerajaan Negeri untuk turut sama menjayakan hasrat Kerajaan Persekutuan memodenkan pentadbiran tanah.

“Ia menjadi antara kayu ukur dalam penilaian Bank Dunia serta meningkatkan kecekapan tadbir urus demi kepuasan rakyat dan pelabur,” katanya.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan melipat gandakan produktiviti guna tanah dan tidak hanya bergantung kepada keluasan kawasan semata-mata dalam mencapai matlamat negara.

“Alhamdulillah, mesyuarat menerima baik segala pandangan amalan terbaik yang turut dikongsi oleh Kerajaan Negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI