fbpx

[VIDEO] Banjir pun kenduri tetap ‘on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan penduduk di Kampung Paya, Mahang, Kulim Kedah tetap meneruskan kenduri seperti biasa walaupun dalam keadaan banjir kilat.

PETALING JAYA – Keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Paya, Mahang, Kulim Kedah, tetap tidak menghalang penduduk kampung dan tuan rumah untuk melaksanakan kenduri seperti biasa walaupun air sudah meningkat ke paras paha.

Menerusi video tular yang dimuat naik seorang pengguna dikenali @lilyoodin di akaun TikTok, penduduk kampung kelihatan tenang menjamu selera sambil berteduh di bahagian bawah rumah.

Ada juga tetamu yang baru sampai beratur dengan tenang untuk mencedok nasi dan lauk walaupun paras air banjir kilat semakin meningkat naik.

“Meriah serupa ‘healing’. Sempat masak baru banjir. Banjir pun kenduri tetap ‘on’, lagi sedap makan,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Sehingga kini videonya telah mendapat lebih 956,500 tontonan, 28,500 tanda suka dan 4,116 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang terhibur melihat video itu namun ada yang juga berasa gerun melihat keadaan air banjir kilat berwarna keruh itu.

“Pertama kali nampak video ni, memang rasa seronok juga. Kalau ada saya dekat situ pun akan rasa seronok,” komen Sara.

“Tak perlu fikir nak cari tempat cuci tangan dekat mana dah. Bilik air pun tak gaduh nak cari,” komen Aliff.

“Nasib baik sempat masak. Kita yang tengok ni macam kasihan, tapi ni memori untuk tuan rumah dan penduduk kampung,” komen Mansor pula.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mangsa banjir di Kedah meningkat lagi apabila seramai 3,484 orang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 10.15 pagi ini.

Bilangan itu meningkat seramai 1,250 orang berbanding 2,230 orang pada pukul 3 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 28 PPS dibuka di tujuh daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim. – KOSMO! ONLINE

@lilyoodin #banjirkilat #mahang #kulimbanjir ♬ Woy Lagi Santai Kawan – DJ KEJU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI