fbpx

Pelaris api kayu pokok getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah (dua dari kiri) bersama pekerja menunjukkan roti yang dibakar menggunakan kayu getah di Kampung Bahagia, Teluk Intan.

TELUK INTAN – Sepasang suami isteri di Kampung Bahagia di sini meraih RM30,000 sebulan dengan mengusahakan roti dibakar menggunakan kayu getah.

Farah Nadia Abdul Ghafoor, 35, berkata, dia mewarisi kaedah itu daripada arwah bapa­nya.

Katanya, kayu getah menghasilkan pembakaran sempurna menjadikan roti berinti kelapa, kacang merah, panjang dan sosej rangup serta lembut.

“Ia juga menghasilkan aroma tersendiri yang ‘menggoda’.

“Jika saya guna kayu pokok rambutan dan balak, rasanya tidak ‘padu’,” katanya.

Menurut Farah Nadia, dia juga pernah menggunakan ketuhar gelombang mikro tetapi kurang digemari.

Tambahnya, secara tidak langsung mereka membantu perniagaan pokok getah yang terbiar kerana pengusaha beralih menanam sawit.

“Roti saya tidak menggunakan bahan pengawet bagi memastikan kualitinya terjaga. Roti boleh bertahan hingga empat hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI