fbpx

FAMA sasar bekal 120 tan metrik buah kepada hospital kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (tengah) menyaksikan pemeteraian MoU antara FAMA dan dan Medivest di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor semalam.

SERDANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk membekalkan sebanyak 120 tan metrik buah-buahan segar ke hospital kerajaan zon selatan setahun.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata, program pembekalan buah-buahan segar tempatan ke hospital kerajaan di zon selatan itu melibatkan kerjasama syarikat Medivest Sdn. Bhd. (Medivest)

“Objektif MoU itu untuk menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan kakitangan hospital, pesakit dan pelawat dengan menyediakan akses kepada buah-buahan segar.

“Program ini juga menyokong petani tempatan dan memperkukuh industri pertanian dengan mendapatkan bekalan secara langsung daripada FAMA.

“Sasaran pembekalan buah-buahan segar tempatan adalah sebanyak 120 tan metrik setahun dengan nilai jualan RM600,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis menandatangani MoU antara FAMA dan Medivest berlangsung di Kingdom of Agrofood sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Aminuddin berkata, kerajaan komited untuk memperkasakan sektor pertanian dan memastikan rakyat mendapat akses kepada makanan berkhasiat.

Tambah beliau, pelaksanaan program itu diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat.

“inisiatif itu merupakan langkah positif ke arah meningkatkan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat khususnya pesakit di hospital.

“Dengan kerjasama ini, kita bukan sahaja memastikan bekalan makanan yang berkualiti, tetapi juga menyokong petani tempatan yang merupakan tulang belakang ekonomi pertanian negara,” katanya.

Jekas beliau, kaedah pelaksanaan program itu akan melibatkan pembekalan buah-buahan melalui enam Pusat Operasi FAMA (PO) di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Kata beliau, PO terlibat akan membekalkan buah-buahan ke central kitchen hospital kerajaan di ketiga-tiga negeri tersebut dengan cadangan jenis buah dibekalkan termasuk buah naga, nangka, rock melon, jambu lohan, nanas, betik dan tembikai.

“Pembekalan akan dilakukan dalam dua fasa di mana fasa pertama akan melibatkan hospital-hospital utama, manakala fasa kedua akan menumpukan kepada pengedaran ke central kitchen di setiap hospital yang ditentukan oleh Medivest,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI