fbpx

Song Hye-kyo ‘bawa diri’ ke Itali 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Aktres Song Hye-kyo yang berada dalam senarai Selebriti Berkuasa Korea majalah Forbes sebanyak lima kali, berkunjung ke Itali baru-baru ini dan melawat Tasik Como, lapor laman berita VN Express.

Perjalanan pelakon popular itu bermula di Milan di mana dia melawat Tasik Como yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di rantau Lombardy.

He-kyo berada di Milan untuk menghadiri acara fesyen kelmarin menerusi kehadirannya sebagai duta sebuah jenama.

Tasik Como yang terletak hanya 50 kilometer ke timur laut Milan kerap digelar sebagai ‘permata Itali’ atau ‘tasik syurga’ .

Tasik indah itu menjadi lokasi riadah popular dalam kalangan aristokrat dan golongan kaya sejak era empayar Rom lagi.

Hye-kyo menjamu selera di salah sebuah restoran hotel lima bintang, Grand Hotel Tremezzo yang terletak di tebing Tasik Como.

Aktres itu menikmati populariti di peringkat antarabangsa melalui lakonannya dalam drama televisyen popular seperti Autumn in My Heart (2000),  All In (2003), Full House  (2004), Encounter (2018) dan The Glory (2022).

Pada tahun 2017, dia tersenarai di tempat ketujuh Selebriti Berkuasa di Korea dan naik ke tangga keenam pada tahun berikutnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI