fbpx

Penumpang dikritik guna pin ibu hamil untuk tempat duduk dalam tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita memakai pin ‘Ibu Hamil’ yang tamat tempoh di dalam tren. - Instagram

JAKARTA  – Perbuatan seorang penumpang di Jakarta yang menggunakan pin wanita hamil untuk mendapatkan tempat duduk di dalam tren mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @dinmeel, wanita itu dilihat memakai pin tersebut pada bajunya. 

Lebih mengejutkan apabila pin yang dipakai telah  tamat tempoh pada 5 Mac lalu, manakala kejadian dirakam pada 6 September lepas. 

“Tolong siasat penggunaan pin supaya tidak disalahgunakan. Pin ini sudah tamat tempoh, kenapa masih dipakai? Video ini saya rakam pada tarikh 6 September 2024,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Dia mungkin mengandung lagi,” sindir seorang netizen. 

“Ramai orang yang beli pin ini secara online!” marah netizen lain.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI