fbpx

Agong tiba di Beijing untuk lawatan empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada jam 4 petang (waktu tempatan). Foto OFFICIALSULTANIBRAHIM.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berangkat tiba di Beijing, China untuk lawatan negara selama empat hari.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada jam 4 petang (waktu tempatan).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Sultan Ibrahim turut menerima penghormatan daripada kawalan kehormat anggota Angkatan Tentera China.

Lawatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ke lawatan itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong ini adalah di atas undangan Presiden China Xi Jinping bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang terjalin pada 31 Mei 1974.

Terdahulu, Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda berlangsung di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir di Pangkalan Udara TUDM Subang bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI