fbpx

2,390 prospek tidak lagi buta huruf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang prospek yang berjaya menguasai 3M selepas menyertai Program Linus di Penjara Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 2,390 prospek di seluruh negara berjaya dikeluarkan daripada golongan buta huruf selepas mengikuti Program Literasi dan Numerasi (Linus) Jabatan Penjara.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, jumlah itu agak besar melalui pembabitan 2,656 prospek yang dipilih mengikuti kelas tersebut sejak Mac 2023.

Menurutnya, ia menunjukkan kejayaan program Linus apabila hampir 90 peratus daripada prospek berjaya menguasainya walaupun pada peringkat awal mereka tidak tahu membaca, menulis dan mengira (3M) sewaktu memasuki penjara.

“Pada peringkat permulaan, Penjara Sungai Petani telah dipilih untuk melaksanakan program rintis ini dengan memilih 179 prospek menyertai empat kohort pembelajaran di dalam kelas.

“Seramai 139 daripadanya berjaya menguasai kemahiran 3M yang akan membantu mereka ketika bersama masyarakat apabila dibebaskan nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Apresiasi Linus dan Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Jabatan Penjara di Penjara Sungai Petani, di sini hari ini.

Katanya, melalui kejayaan program perintis itu, Penjara Simpang Renggam di Johor telah dipilih menjadi lokasi kedua melalui penyertaan seramai 45 prospek.

Tambahnya, buat peringkat permulaan, program difokuskan kepada prospek muda membabitkan lapan sekolah integriti dan tiga Sekolah Henry Gurney, bagaimanapun kini telah dipanjangkan kepada prospek dewasa di institusi penjara.

Dalam majlis sama, penghargaan turut diberikan kepada 27 prospek terpilih menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2024 dengan dua daripadanya berjaya ditauliahkan pingat perak dan selebihnya pingat gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI