fbpx

Banjir: Jalan Selama-Bagan Serai ditutup untuk kenderaan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masih ada kenderaan ringan yang mencuba nasib untuk meredah air banjir di laluan FT147 meskipun telah diberi peringatan. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Laluan FT147 di Kilometer 15 Jalan Selama-Bagan Serai di sini terpaksa ditutup untuk semua jenis kenderaan ringan ekoran banjir di jalan berkenaan.

Kejadian banjir itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang berterusan dan air laut pasang.

Tinjauan ke lokasi mendapati beberapa buah rumah di sekitar Kampung Matang Tengah di sini telah dimasuki air dan laluan FT147 yang menghubungkan antara kawasan Changkat Lobak-Alor Pongsu terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

Meskipun papan tanda arahan di kedua-dua hala di laluan tersebut telah dipasang, namun masih dilihat beberapa buah kenderaan ringan mencuba nasib untuk mengharungi air banjir.

Ketika tinjauan dilakukan terdapat empat kereta telah tersadai kerana enjin mati ketika meredah banjir. Paras kedalaman air dipermukaan laluan itu pada ketika ini adalah sekitae 0.2 hingga 0.5 meter.

Semua kenderaan ringan yang ingin ke Selama-Bagan Serai atau sebaliknya boleh mengikuti laluan A111 Jalan Changkat Lobak -Bukit Merah dan memasuki jalan pintasan Alor Pongsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI