fbpx

[VIDEO] Pemuda hilang 6 ahli keluarga Abdurrahman lanjut pelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Abdurrahman ketika dihantar ibu saudaranya dan adiknya, Abdullah ke sebuah universiti swasta, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pemuda yang kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya dalam nahas di Segamat pada 1 September tahun lalu melanjutkan pengajian ke sebuah universiti tempatan.

Menerusi perkongsian di TikTok @tinienie4, beberapa keping gambar Abdurrahman Amir Ruddin, 20, dikongsikan sewaktu dihantar ibu bapa saudaranya ke institut pengajian swasta di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Turut kelihatan adik Abdurrahman, Abdullah Amir Ruddin, 16, yang bergambar bersama abangnya sebelum mereka berangkat pulang.

“Bismillahirahmanirahim. Semoga apa yang dicita-citakan tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Abdurrahman menyambung pengajian dalam bidang pengajian bahasa al-Quran sekali gus menerima pujian daripada orang ramai.

“Rasa sebak pula. Langkah sendirian, walaupun ditemani oleh ibu saudara. Terpisah sementara pula dengan Dollah (Abdullah). Apapun tahniah Aman, semoga dipermudahkan urusan belajar,” komen Norizah.

“Kita ikut kisah Aman ini dari awal. Sebak pula akhirnya tengok dah sambung belajar. Semoga berjaya hendaknya, kami tumpang gembira,” komen Esya.

“Alhamdulillah menitik air mata saya tengok Aman dah lanjut pelajaran ke menara gading. Semoga yang baik-baik sahaja buat mu nak,” komen Izwani pula.

Abdurrahman dan adiknya, Abdullah sebelum ini tular kerana tragedi kemalangan menyayat hati yang meragut nyawa kedua ibu bapa beserta empat adik-beradik mereka.

Dalam nahas itu, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, dan ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43, dan empat adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah,13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia di lokasi.

Nahas berlaku selepas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang mereka naiki dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir. – KOSMO! ONLINE

@tinienie4 Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yg dicitakn tercapai nnt. Semua pn mendoakn yg terbaik buat kamu. Jaga diri baik2 @amannnnnnnnnnnn__ #ankibuabi #sayangsemua #sayangank2mamasemua #foryoupage ♬ original sound – wanie

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI