fbpx

ACLE: Arif Aiman buktikan status permata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF Aiman berjaya meledak dua gol untuk membantu JDT mengikat Shanghai Port pada aksi pembukaan ACLE kelmarin. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

DUA gol yang dihasilkan Arif Aiman Hanapi membuktikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak pernah ‘menganak tirikan’ pemain tempatan sekiranya sentiasa memberikan impak besar untuk membantu pasukan meraih kejayaan.

Walaupun menjadi pemain kelahiran Malaysia tunggal pemain yang berada dalam kesebelasan utama, kualiti yang dipamerkan Arif kali ini terus mengukuhkan namanya sebagai permata bola sepak negara dan JDT.

Di sebalik publisiti meluas yang diberikan kepada, Arif Aiman yang kini berada di tangga kedua penjaring terbanyak kejohanan enggan mengambil kredit secara bersendirian, tetapi tetap berterima kasih kepada rakan sepasukannya.

“Perlawanan ini agak sukar sebab ini adalah aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Perlawanan yang menarik, tetapi bukan untuk saya saja sebaliknya buat rakan sepasukan kerana kami sudah berikan 100 peratus.

“Alhamdulillah, tidak kira apa yang berlaku kami berikan sehabis baik dan pamerkan karakter sepanjang perlawanan. Sasaran kami untuk menang, tetapi tidak bernasib baik apabila sekadar mampu raih keputusan seri,” kata Arif Aiman.

Pada perlawanan, Arif terlebih dulu membuka jaringan buat JDT pada minit ke-45, namun Shanghai Port berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah penyerang kelahiran Brazil, Gustavo pada minit ke-48.

Kualiti yang dimiliki Arif membolehkannya meledak gol kedua Harimau Selatan, namun Willian Popp menyelamatkan maruah tuan rumah ketika meledak gol penyamaan.

“ACLE adalah pertandingan tahap tinggi dan ini adalah impian saya untuk bermain di tahap ini. Saya banyak berkorban untuk sampai ke sini dan saya mahu terus bermain di peringkat tinggi. Saya akan bekerja keras untuk jadi pemain yang lebih baik lagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI