fbpx

Belanjawan 2025: Industri pelancongan diberi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (kiri) mempengerusi Sesi Libat Urus bersama Penggiat Pelancongan Terengganu di Muzium Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Peruntukan promosi dan penganjuran aktiviti pelancongan bagi menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 antara yang akan diberi perhatian pada pembentangan Belanjawan 2025 tidak lama lagi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peningkatan peruntukan bagi segmen tersebut juga selaras kedudukan negara sebagai Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun hadapan.

“Dari segi dasarnya mestilah ada pertambahan untuk sektor pelancongan kerana tahun depan kita akan menjadi Pengerusi ASEAN dan tahun 2026, kita kena bersedia untuk ‘Visit Malaysia Year’ (Tahun Melawat Malaysia).

“Jadi dalam Belanjawan 2025, kita akan sediakan peruntukan yang mencukupi untuk membuat dua-dua usaha ini berjaya,” katanya di Muzium Terengganu di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Sesi Libat Urus Menteri Kewangan II bersama Penggiat Pelancongan Terengganu sebagai persediaan merangka Belanjawan 2025.

Amir Hamzah berkata, selaku Pengerusi ASEAN, negara perlu menyusun pelbagai program yang memberi kesan kepada komuniti Asia Terengganu secara keseluruhannya.

Tambah beliau, Belanjawan 2025 turut meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan meningkatkan infrastruktur pelancongan di seluruh negara bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

“Sektor pelancongan akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2025 kerana merupakan antara penyumbang kepada ekonomi negara.

“Ia industri yang penting buat negara kerana menjana hasil dengan cepat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI