fbpx

Pharmaniaga: Fasiliti baharu dijangka tingkat keuntungan 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kiri sekali) pada Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin di Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd. di Puchong, hari ini yang turut dihadiri oleh Mohamed Khaled (tiga kanan). Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PUCHONG – Fasiliti pengilangan insulin dan vaksin milik Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dijangka meningkatkan margin keuntungan kasar syarikat itu kepada kira-kira 30 hingga 35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

Pengarah Urusannya, Zulkifli Jaafar berkata, fasiliti yang pertama seumpamanya di Malaysia tersebut mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan kira-kira 30 juta dos insulin setahun.

“Untuk insulin sahaja kita menjangkakan untuk permulaan, hasil kira-kira RM100 juta setahun, vaksin kira-kira 300 juta setahun. Vaksin dan insulin ini sahaja kita jangka menyumbang hampir RM400 juta.

“Ia secara automatik akan meningkatkan hasil dan margin keuntungan (Pharmaniaga),” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga di sini hari ini.

Untuk rekod, Pharmaniaga telah diklasifikasikan di bawah Nota Amalan 17 (PN17) bagi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR).

PN17 adalah singkatan kepada Nota Amalan 17/2005 merujuk kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan atau tidak memenuhi syarat minimum ditetapkan Bursa Malaysia.

Mengulas perkara tersebut, Zulkifli berkata, pihaknya menjangka Bursa Malaysia akan meluluskan pelan penyusunan semula syarikat berkenaan menjelang bulan depan.

Menurut beliau, langkah seterusnya selepas kelulusan tersebut dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat bulan.

Justeru, katanya, pihaknya meramalkan keseluruhan urusan tersebut akan lengkap sama ada pada Februari tahun depan atau suku pertama 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI