fbpx

Perjuangan Pearly-Thinaah berakhir awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah terpaksa akur tewas di pusingan kedua Terbuka China hari ini.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan perjalanan mereka pada Kejohanan Badminton Terbuka China lebih awal selepas tumpas di tangan pasangan tuan rumah, Li Yi Jing-Luo Xu Min hari ini.

Juara Terbuka Hong Kong itu yang diberikan ‘bye’ ke pusingan kedua, gagal memanfaatkan peluang sebaik mungkin di kejohanan berstatus Super 1000 apabila tewas 16-21, 18-21 dalam tempoh 40 minit di tangan gandingan No. 18 dunia tersebut.

Sementara itu, perjalanan beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei turut terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja.

Dalam aksi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, permainan beregu kesembilan dunia itu serba tidak menjadi apabila banyak melakukan kesilapan mudah sehingga memaksa mereka tewas dalam pertarungan tiga set, 15-21, 21-13, 9-21 dalam masa 56 minit.

Sementara itu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan momentum apabila menewaskan rakan sepelatih, Yap Roy King-Valeree Siow 21-9, 21-15 dalam tempoh 24 minit dan bakal bertemu Ferdinansyah-Widjaja di peringkat suku akhir esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI