fbpx

Wei Chong-Kai Wun benam juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tampil cemerlang di Terbuka China.

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakukan kejutan mara ke pentas suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China selepas menundukkan pasangan No. 3 dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou tersebut, gandingan negara menampilkan persembahan cukup baik apabila mengatasi juara Terbuka Hong Kong tersebut dengan kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam tempoh 39 minit. 

Bagi Wei Chong, komunikasi yang baik dalam gelanggang menjadi kunci kejayaan kepada mereka mengatasi juara dunia 2023 sekali gus tekad membawa kemenangan tersebut untuk mengintai slot separuh akhir.

“Saya rasa agak teruja dan sangat gembira dengan persembahan kami hari ini. Kadang-kadang kami menang dan kalah, tetapi kami bangkit semula.

“Saya rasa mereka (Min Hyuk-Seung Jae) mungkin telah melalui beberapa final berturut-turut dan menyebabkan mereka letih. Tetapi kami hanya berikan yang terbaik dan cuba memenangi perlawanan hari ini.

“Apapun, saya rasa pada perlawanan ini, komunikasi kami lebih baik daripada sebelumnya, jadi itu membuatkan kami lebih baik dalam perlawanan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kai Wun mengakui mereka akan memberikan yang terbaik pada perlawanan seterusnya.

“Saya rasa kami tidak mahu fikir terlalu jauh dan kami hanya fikir satu perlawanan demi satu perlawanan dan serta cuba untuk menang setiap pusingan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI