fbpx

Kanak-kanak lelaki tahan kesakitan lengan tertusuk besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan pada lengan kanan akibat tertusuk besi ketika terjatuh dalam kejadian di Nabawan semalam. -Foto bomba

NABAWAN – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan pada lengan kanan akibat tertusuk besi ketika terjatuh dalam kejadian semalam.

Sejurus kejadian, kanak-kanak berumur 10 tahun berkenaan terus dihantar ke Klinik Kesihatan Nabawan untuk rawatan lanjut, namun besi panjang yang menusuk lengan mangsa sukar dikeluarkan pihak klinik mengakibatkan pasukan bomba dipanggil untuk mengeluarkan besi terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Pegawai Bomba Tinggi II, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.44 petang.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas ‘grinder’.

“Anggota bomba membuat pemotongan untuk memendakkan besi berkenaan bagi memudahkan pihak perubatan membuat pembedahan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak klinik untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI