fbpx

659 mangsa banjir P. Pinang masih ditempatkan di 9 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS di SK Lahar Yooi antara yang masih dibuka sehingga hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 659 mangsa banjir daripada 173 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah Seberang Perai di sini, setakat pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang berkata, antara daerah yang terjejas banjir adalah di Seberang Perai Selatan, (SPS) Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU).

“Trend semasa menunjukkan berlaku peningkatan mangsa banjir pada masa ini. Di daerah SPU sebanyak 484 mangsa daripada 120 keluarga ditempatkan di empat PPS, manakala bagi daerah SPT, sebanyak 121 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di empat PPS.

“Bagi daerah SPS pula, sebanyak 54 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di dua PPS,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebuah lagi PPS iaitu di Dewan Serbaguna Sungai Bakap ditutup bermula pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri, H’Ng Mooi Lye berkata, hujan lebat dan angin kencang telah mengakibatkan berlakunya 215 kes pokok tumbang di bahagian pulau dan Seberang Perai.

Sebanyak 150 lokasi pokok tumbang berlaku di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 65 lokasi di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sejak 15 September lalu.

Justeru beliau turut menasihati orang awam supaya berwaspada dan sentiasa menjaga keselamatan supaya dapat mengelak daripada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI