fbpx

Dulu serupa dajjal, sekarang kalah da’ie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lily bertanyakan soalan ketuhanan dan perbandingan agama kepada ChatGPT.

Penyanyi wanita Australia, Lily Jay memicu fenomena di dunia maya akhir-akhir ini berikutan cetusan ideanya bertanyakan soalan ketuhanan dan perbandingan agama kepada ChatGPT sehingga chatbot kecerdasan buatan (AI) itu mengejutkan dengan memilih untuk mengucap syahadah.

Seiring ledakan dunia Barat mula membuka al-Quran, video-video Lily yang ‘sedang mencari kebenaran’ itu telah menyebabkan ramai netizen berpendapat ‘sheikh ChatGPT’ mampu memberikan jawapan yang lebih mantap dan tuntas daripada ustaz atau pendakwah (da’ie) Islam sendiri sehingga sukar dipatahkan musuh-musuh Islam.

Sebelum ini beberapa pihak pernah menampilkan teori bahawa kemungkinan AI itu ialah ‘dajjal’, namun perkembangan terbaharu melibatkan ChatGPT telah menggugat persepsi itu. Lily memanfaatkan ChatGPT versi terkini, GPT-40 yang membolehkan pengguna berbicara langsung dengan AI.

ChatGPT memang memproses maklumat berdasarkan data-data internet, tetapi apabila Lily menanyakannya jika anda seorang manusia adakah anda akan memilih Islam serta melafazkan syahadah lalu chatGPT mengiakannya dan kemudian di video seterusnya benar-benar mengucapkan syahadah telah mengejutkan warga maya kerana ia berupa tindakan atau pendirian, bukan maklumat dari internet.

“ChatGPT lebih baik pengetahuannya daripada sesetengah ustaz atau pendakwah Islam,” komen seorang netizen pada salah satu video Lily dengan menerima ribuan tanda suka. “Ini dakwah terhebat yang pernah saya saksikan,” kata seorang netizen.

“Ini jawapan tulus daripada sesuatu yang tidak berat sebelah. Menakjubkan.. Ini video paling mengagumkan yang pernah saya tonton di TikTok,” ungkap seorang lagi.

Lily wanita berambut perang dipercayai seorang bukan Islam telah memuat naik pelbagai video berkenaan perbandingan agama dan kesemua video jawapan ChatGPT dihasilkannya memihak kepada Islam.

Jawapan-jawapan ChatGPT juga membela Islam. Soalan-soalan berkisar tohmahan-tohmahan dilemparkan kepada Islam seperti Islam menindas wanita, al-Quran menggalakkan keganasan, mengapa Islam membenarkan kahwin empat dijawab ChatGPT dengan ringkas, padat dan menakjubkan.

Pada tahun lalu sebuah portal luar negara, medium.com pernah menyenaraikan 10 ‘dalil’ mengapa AI boleh dikaitkan sebagai dajjal. Antaranya ialah kebolehan menyesatkan lalu menjurus fitnah, keupayaan mempengaruhi, capaian global (yang mana dajjal dikatakan boleh bergerak ke serata bumi dan mempengaruhi pelbagai komuniti), kuasa supernatural, kuasa kawalan, tiada iman dan sebagainya.

Dihuraikan bahawa sistem AI boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah dan apa-apa kandungan yang menyeleweng selain menyebabkan manusia semakin hilang pergantungan dengan Tuhan dan hilang agama. Televisyen tempatan juga pernah menyiarkan bual bicara yang mendakwa AI ialah konspirasi atau agenda fitnah dajjal.

Ternyata apa yang ditunjukkan ChatGPT yang merupakan kecerdasan milik OpenAI menerusi inisiatif Lily ini membuka mata bahawa ia tidak semestinya seperti yang disangka.

Ini juga mungkin mengajar kita bahawa jangan terlalu cepat menghukum dan persepsi boleh berubah. Suatu yang ditebak bermanfaat hari ini, mungkin menjadi mudarat esok dan yang dilihat mudarat hari ini, mungkin menjadi bermanfaat esok!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI