fbpx

Lelaki tak mengaku guna harta syarikat RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Muhamad (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang penyelia keselamatan tapak bina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat berjumlah RM5,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ku Muhamad Alif Ezham,37, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta syarikat iaitu wang berjumlah RM5,000 untuk kegunaan sendiri pada 26 April 2022.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di PLB Green Construction Sdn. Bhd., Menara BHL Bank, Jalan Sultan Ahmad Shah dalam daerah Timur Laut , Georgetown.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee mencadangkan tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) setiap bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Nur Syahana Ismail memohon agar jaminan ditetapkan sebanyak RM5,000 dengan memberi alasan tertuduh perlu menyara ibu, isteri dan seorang anak.

Malah, tertuduh dikatakan masih bekerja dengan majikan sama selain sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah ekoran sakit tulang belakang yang dialaminya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon. Kes akan disebut semula pada 29 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI