fbpx

APMM selamatkan kru dua bot barter trade tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebuah bot barter trade yang tenggelam di perairan Batu Pahat akibat cuaca buruk pada pagi semalam. - Foto APMM

PONTIAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan enam kru bot barter trade, KLM Bersama Jaya yang tenggelam di kedudukan 11.2 batu nautika Barat Daya Benut di sini semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd. Hanif Mohd. Yunus berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua mangsa merupakan lelaki warga Indonesia berusia 20 hingga 62 tahun.

“Siasatan mendapati, KLM Bersama Jaya dalam perjalanan dari Indonesia ke Batu Pahat dipercayai mengalami kerosakan sebelum tenggelam.

“Semua mangsa kemudiannya telah dipindahkan ke bot APMM seterusnya dibawa oleh aset agensi ke jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memberitahu, sebuah lagi bot jenis sama, KLM Bahtera Jaya dilaporkan tenggelam kira-kira 0.9 batu nautika Barat Daya Segenting, Batu Pahat.

Ujarnya, bot terbabit dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Indonesia.

“Siasatan awal mendapati bot tersebut tenggelam disyaki berpunca daripada kebocoran pada bahagian enjin.

“APMM turut melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDIVEC ) yang mana salah seorang dari lima krew bot tersebut telah diserang angin ahmar dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI