fbpx

Banjir Kedah: Kota Setar paling teruk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat di Kampung Lubuk Batu, Jitra semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat lagi apabila seramai 3,484 orang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 10.15 pagi ini.

Bilangan itu meningkat seramai 1,250 orang berbanding 2,230 orang pada pukul 3 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 28 PPS dibuka di tujuh daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda, Bandar Baharu dan Kulim.

Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,215, diikuti Pokok Sena (798), Kubang Pasu (704), Pendang (432), Kuala Muda (131), Bandar Baharu (118) dan Kulim (86).

Sementara itu, tujuh sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka, Sungai Bata, Sungai Padang Terap, Sungai Perik, Sungai Anak Bukit, Sungai Titi Kerbau dan Sungai Sedim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI