fbpx

[VIDEO] Lagi tiga lelaki ada kaitan GISBH didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISBH akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari hari.

SEREMBAN – Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) yang disiasat polis susulan Op Global akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 20, 21 dan 22 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 9.10 pagi menaiki van polis dengan diiringi anggota polis.

Pertuduhan di Seremban merupakan kes kedua didakwa melibatkan GISBH selepas seorang lelaki didakwa di mahkamah Majistret Putrajaya semalam atas kesalahan membabitkan ugutan jenayah.

Ketiga-tiga tertuduh dijangka akan didakwa atas 14 pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta 792 dan Seksyen 14(b) Akta 792 merujuk kepada kesalahan amang seksual fizikal atas kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI