fbpx

[VIDEO] Air pasang, Pantai Batu 23 Sungai Nibong ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Sekinchan yang dinaiki air pagi ini.

SABAK BERNAM – Fenomena air pasang besar mengakibatkan kawasan medan niaga di Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Sekinchan di sini dilimpahi air laut pagi ini.

Kejadian itu kali kedua berlaku di lokasi sama selepas beberapa gerai penjaja dan premis perniagaan dinaiki air kelmarin.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) memaklumkan, penutupan kawasan pantai Sungai Nibong itu daripada sebarang aktiviti.

“Ia susulan fenomena air pasang dijadualkan berlaku di daerah ini sehingga Sabtu ini.

“Pengunjung tidak dibenarkan melakukan aktiviti di kawasan pantai antaranya mandi, berkelah atau berkhemah, bermain pasir, memancing, menaiki bot dan berniaga,” katanya.

Kejadian itu tular menerusi video berdurasi dua minit memaparkan fenomena ombak kuat menghentam kawasan pesisiran pantai terbabit.

Netizen meminta pihak berwajib meninggikan tembok pantai bagi menghalang kemasukan air laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI