fbpx

Pengurusan Fazura nafi keluarkan kenyataan mohon cerai secara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUSAN Fazura menegaskan pelakon itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan permohonan cerai terhadap Fattah.

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Fazura menegaskan pelakon itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan permohonan perceraian ke atas suaminya iaitu Fattah Amin.

Menurut pengurus Fazura dikenali sebagai Iman Tang, permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara.

“Kami daripada pihak pengurusan, pihak peguam dan Fazura sendiri mengesahkan bahawa tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura semenjak tularnya kisah permohonan penceraiannya.

“Permohonan yang telah difailkan merupakan satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah mengikut kehendak undang-undang,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, pihaknya meminta agar khalayak tidak membuat sebarang spekulasi terhadap hubungan Fazura dengan Fattah.

“Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak yang membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai spekulasi,” katanya.

Semalam tular kenyataan Fazura yang dikatakan telah memohon untuk bercerai secara baik terhadap Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34.

Itu merupakan permohonan yang difailkan oleh Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Jumaat lalu.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI