fbpx

Lima ahli GISBH cuba lolos ke Thailand naik motorhome?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang dirampas selepas menahan empat lelaki disyaki ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lelaki termasuk merampas kenderaan yang mempunyai lambang GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Unit Risikan Sempadan Zon Utara menahan kenderaan jenis rekreasi (motorhome) serta kereta jenis perodua Myvi sekitar pukul 6 petang tadi.

“Hasil pemerhatian terhadap kenderaan itu mendapati ia bergerak ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

“Tindakan pemeriksaan dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dan berjaya menahan kenderaan itu serta lima lelaki,” katanya kepada media, hari ini.

Jelas beliau, kelima-lima yang ditahan berusia antara 28 hingga 41 tahun dan kenderaan digunakan turut dirampas.

“Soal siasat awal dan proses dokumentasi terhadap semua suspek berkenaan sedang dijalankan.

“Tangkapan dan rampasan terbabit akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI