fbpx

Budak 6 tahun dibaham buaya ketika mandi sungai bersama datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan jeti yang menjadi lokasi mangsa disambar buaya ketika mandi bersama datuknya.

TATAU – Seorang kanak-kanak perempuan hilang selepas disambar buaya ketika mandi bersama datuknya di sungai Kampung Seberang Pasar Lama, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah dibaham buaya ketika mandi di sungai kira-kira pukul 6.30 petang.

“Kejadian turut disaksikan oleh datuk mangsa. setakat ini, anggota bomba sedang melakukan pencarian di kawasan tebing jeti bersama-sama dengan pasukan polis,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI