PETALING JAYA – Malaysia dan Tajikistan akan terus memperkukuh hubungan dua hala terutamanya dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kebudayaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan hormat Duta Besar Tajikistan ke Malaysia, Ardasher Saeedjaafar Qodiri, hari ini.
“Malaysia dan Tajikistan berkongsi banyak nilai bersama dan saya percaya kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kedua-dua buah negara. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – KOSMO! ONLINE