fbpx

Banduan Penjara Sungai Buloh larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kalai Kumar.

SUNGAI BULOH – Seorang banduan Penjara Sungai Buloh dilaporkan telah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 3.56 petang tadi.

Katanya, suspek yang juga penama Kalai Kumar Anandan, 27 berada di lokasi tersebut untuk menerima rawatan.

“Pihak hospital memaklumkan seorang banduan lelaki tempatan telah tiada di katilnya dan disyaki telah melarikan diri dari hospital.

“Suspek mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kesalahan jenayah (empat) dan narkotik (empat),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, pihak polis sedang giat meneruskan usaha menjejaki serta menangkap banduan tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kedudukan terkini suspek diminta menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau balai berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI