fbpx

[KEMAS KINI] 2 pelancong China maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis ketika operasi mengeluarkan mangsa di Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, Lebuh Gereja, petang tadi. Foto oleh IQBAL HAMDANKOSMO!

GEORGE TOWN – Identiti dua individu yang maut dihempap pokok tumbang ketika berada di dalam sebuah kereta berhampiran Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang di Lebuh Gereja, di sini petang tadi merupakan pelancong dari China.

Penguasa Bomba Zon 1 Pulau Pinang, Muhammad Syafiq Noor Azman berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.19 petang tadi.

Menurutnya, terdapat satu runtuhan bangunan bersama pokok telah menghempap tiga buah kereta termasuk yang dinaiki dua mangsa terbabit.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tersepit di dalam sebuah kereta. Mangsa wanita berusia 30-an berada di tempat penumpang hadapan manakala lelaki berusia 50-an di bahagian belakang.

“Kedua-dua mereka merupakan pelancong warga China. Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 5.15 petang tadi dan disahkan maut oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di tempat kejadian,” katanya di sini, tadi.

Beritahu beliau lagi, semasa kejadian berlaku, kereta yang dinaiki mangsa diletakkan di dalam premis yang merupakan sebuah pusat rekreasi untuk pelancong.

“Hasil maklumat awal, mereka datang ke situ untuk ambil gambar dan pokok besar tiga pemeluk itu asalnya melekat pada bangunan berkenan.

“Kejadian itu juga telah menyebabkan bongkah konkrit jatuh menghempap kenderaan yang dinaiki mangsa termasuk dua kenderaan lain,” ujarnya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pemandu kereta berkenaann berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI