fbpx

Ajar anak erti kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik yang dikongsikan PHM di Facebook.

PETALING JAYA – Dalam dunia yang semakin mencabar, memahami dan mengatasi kekecewaan adalah kemahiran yang perlu ditanam sejak awal.

Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini membuat satu hantaran di Facebook berkaitan kekecewaan selain menekankan pentingnya pendidikan kesihatan mental bagi kanak-kanak.

“Mengajar anak-anak menerima kekecewaan adalah langkah penting dalam mendidik mereka menjadi individu yang kuat dan matang.

“Sebagai ibu bapa, kita cenderung ingin melindungi mereka daripada kesakitan, namun kekecewaan adalah sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dielakkan.

“Penting untuk anak-anak belajar bahawa tidak semua impian atau harapan akan tercapai, dan ini bukanlah satu kegagalan, tetapi peluang untuk belajar dan berkembang,” jelasnya.

Kata PHM, ibu bapa perlu menjadi contoh dalam menghadapi kekecewaan dengan menunjukkan sikap positif dan cara konstruktif mengatasi cabaran kerana anak-anak sering meniru tingkah laku orang dewasa di sekeliling mereka.

“Ajar mereka untuk meluahkan perasaan dan hadapi kekecewaan dengan tenang. Jangan terburu-buru memberikan penyelesaian, sebaliknya beri ruang untuk mereka memahami emosi mereka.

“Melalui proses ini, mereka akan belajar membina ketahanan diri dan memahami bahawa setiap kegagalan adalah langkah menuju kejayaan,” katanya.

PHM turut mengingatkan hidup ini penuh dengan cabaran dan mengajar anak-anak menerima kekecewaan akan mempersiapkan mereka untuk masa depan yang lebih cerah dan matang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI