fbpx

Sarawak jadi hab transit dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatimah menampaikan cenderahati kepada Nat Zani sambil disaksikan Mustafa (kiri) dan Felicia (kanan).

KUCHING – Polis tidak menolak kemungkinan Sarawak turut dijadikan hab transit pengedaran dadah antarabangsa berikutan kedudukannya yang strategik di rantau ini.

Timbalan Pengarah Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Senior Asisten Komisioner Mat Zani Salahuddin Che Ali berkata, ia memandangkan Sarawak terletak bersempadanan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia.

“Disebabkan itu Sarawak dijadikan sebagai transit untuk penyeludupan dadah antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah di Bangunan Baitulmakmur 2 di Petra Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, Mat Zani berkata pengedaran dadah di Sarawak masih terkawal dan pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri menganjurkan forum komprehensif anti dadah di Kuching pada Oktober ini, dengan fokus menangani cabaran berkaitan dadah di rantau berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI