fbpx

Dua pegawai imigresen simpan RM800,000 dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam melihat antara barang rampasan yang disita SPRM melibatkan sindiket ‘counter setting’ di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Hampir RM800,000 wang tunai dijumpai dalam bilik tidur dua pegawai Jabatan Imigresen (JIM) apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke kediaman mereka selepas disyaki terlibat sindiket membawa warga asing menggunakan ‘counter setting’.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM518,250 wang tunai ditemui di bilik tidur pegawai kanan wanita JIM Gred KP22 yang disimpan di dalam bagasi di bilik tidur di rumahnya di Pahang.

Sementara itu, SPRM turut menemui sejumlah RM248,443 wang tunai yang disimpan di bawah katil bilik utama pegawai imigresen lelaki Gred KP19 yang berada di Melaka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM1.49 juta wang tunai yang disita terhadap penguat kuasa yang terlibat sindiket ‘counter setting’ berkenaan.

Katanya, SPRM turut menyita sebanyak USD9,900 (RM41,990) serta 5,470 Bath (RM696).

“Dalam pada itu, SPRM turut menyita 22 unit kenderaan dengan melibatkan sembilan kereta dan 22 buah kenderaan.

“Sebanyak 27 keping dinar emas seberat 575.75 gram dengan anggaran nilai melebihi RM200,000 turut disita daripada pegawai imigresen kanan Gred KP22 di Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Dalam pada itu, turut disita ialah lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket dan subang selain 12 jam tangan pelbagai jenama.

“SPRM turut membekukan sebanyak 215 akaun bank milik 16 syarikat dan 84 individu dengan nilai pembekuan melebihi RM3.6 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI