fbpx

RON97, diesel turun 6 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 6 sen kepada RM3.19 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 6 sen kepada RM2.95 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, penurunan harga itu bagi tempoh 19 September hingga 25 September.

“Sejak 8 Ogos sehingga kini, kerajaan telah menurunkan sebanyak 40 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 28 sen.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum.

“Ia dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, di sini tadi.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI