fbpx

[VIDEO] Ribut kuat landa Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUMBUNG tempat letak kenderaan Pejabat Tanah dan Daerah Sik roboh dalam kejadian ribut pada 2.30 petang tadi.

ALOR SETAR – Banyak kawasan di negeri ini dilanda ribut kuat sehingga mengakibatkan kerosakan rumah serta premis perniagaan dan pejabat kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas adalah Sik, Gurun, Kuala Muda dan Langkawi.

Selain kerosakan rumah, ribut turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi.

Di Sik, antara yang terjejas adalah Pejabat Tanah dan Daerah Sik dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik.

Video kejadian yang viral di Facebook memaparkan sebahagian besar bumbung bangunan IKM Sik diterbangkan angin kencang, manakala bumbung tempat letak kenderaan Pejabat Tanah dan Daerah Sik roboh.

Sementara itu, kejadian angin kencang turut berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun dan kedai makan di Tanjung Rhu, Langkawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI