fbpx

Pelancong China enggan bayar sebelum makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong dari China mendakwa orang di negaranya selalu membuat pembayaran selepas makan. - Shin Min

SINGAPURA – Perbuatan seorang pelancong dari China yang enggan membuat pembayaran sebelum makan di sebuah gerai di Kompleks Chinatown, Singapura mengundang perhatian ramai, lapor portal berita TNP semalam. 

Kejadian berlaku sekitar tengah hari pada 8 September lalu.

Pemilik gerai yang dikenali sebagai Yu, 34, berkata, pelancong tersebut membuat pesanan berharga SG$3.60 (RM12) tetapi berkeras untuk membayar selepas selesai makan. 

“Dia mendakwa bahawa orang di negaranya selalu bayar selepas makan. Dia kemudian menunjuk ke arah begnya dan memberitahu dia mempunyai wang,” kata Yu.

Keadaan bertambah buruk apabila pelancong itu kembali ke gerainya dan meminta nasi serta lauk tambahan.

“Saya meminta dia membayar pesanan awal terlebih dahulu sebelum menambah lebih banyak makanan tetapi dia menolak sambil mengulangi bahawa dia mempunyai wang. 

“Saya tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Saya memberitahunya bahawa dia menjejaskan perniagaan saya dan saya akan menghubungi polis,” tambah Yu. 

Menurut Yu, pelancong itu kemudian mencabarnya untuk menghubungi polis sebelum cuba beredar. 

“Kira-kira lima minit kemudian, dia cuba melarikan diri tetapi ditahan oleh isteri saya. Polis juga tiba pada ketika itu dan bercakap dengannya,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI