fbpx

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei mudah ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei tidak berdepan banyak masalah untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka China selepas mudah menewaskan pasangan India. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Terbuka China selepas menyingkirkan pasangan India, K. Sathish Kumar-Aadya Variyath.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou sebentar tadi, beregu No.9 dunia itu tidak berdepan banyak masalah apabila hanya memerlukan 26 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-11.

Kemenangan diraih Tang Jie-Ee Wei menyaksikan mereka mengikut jejak langkah rakan sepasukan yang lain termasuk Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, Goh Soon Huat-Shevon Lai, Yap Roy King-Valeree Siow dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

“Secara jujur, kami masih sedang menyesuaikan diri dengan angin di dalam gelanggang tetapi kami tahu ini adalah perkara biasa, terutamanya di Asia. Mungkin selepas ini perlu diperbaiki lagi.

“Saya juga fikir selepas Olimpik, kondisi badan kami lebih baik kerana mendapat rehat mencukupi. Sekarang kami hanya perlu tahu bagaimana untuk berdepan kejohanan yang berturut-turut,” katanya kepada BWF selepas tamat perlawanan.

Menanti juara Terbuka Korea itu di pusingan kedua esok adalah pasangan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja yang mengenepikan cabaran Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau dari Hong Kong.

Sementara itu, beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut melangkah ke pusingan kedua selepas bangkit menewaskan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 13-21, 21-16, 21-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI